Monday, May 9, 2011

Bahasa Mereka Kasar??

Salam..

Baru je tadi aku selesai dicuci oleh seorang sahabat, sahabat yang cukup lama tak berjumpa.. She said 7 tahun da tak jumpa, aku neh pulak pelupa so aku iya kan je la.. Memalukan sungguh.. :( Dia sentuh satu tajuk yang aku sendiri pon memang tak sedar yang ianya berlaku keatas aku.. Dia nampak salah yang aku buat dan dia tegur baik2.. (abis die sental aku kaw2 tadi, memang baik..) Satu tajuk yang nampak tak berapa sopan untuk dibincangkan dan agak ke'negeri'an sedikit.. The main idea is..

BAHASA KELANTAN KASAR!!

Maaf maaf maaf... Mula-mula sekali aku nak memohon 1000 kemaafan kepada semua pembaca reban neh yang berasal dari Kelantan.. Bukan niat aku nak memalukan atau mempertikaikan negeri kalian, cume nak beri pendapat terhadap benda yang terjadi kat aku sendiri.. Mintak tolong baca entry neh dengan minda yang terbuka.. Kita semua generasi bijak kan?? Tak perlu benci membenci satu sama lain ok.. So I'm so sorry kalau ada part2 yang menyentuh sensetiviti kita semua.. Btw, aku student dari Kelantan dan aku tak teragak2 cakap aku sayang Kelantan.. :)


Buka minda, buka hati.. :)

Well, aku tahu ada segelintir pembaca reban neh yang memang tidak gemar dengan negeri Cik Siti Wan Kembang neh.. Baru-baru neh kecoh pasal Puteri Katak Hijau dengan dia punya statement yang panas tu.. Ok, its up to her, tak mau komen lebih2.. But dia nampak macam da terlalu benci sangat la, tak bagus sebenarnya sifat benci membenci neh.. Ada jugak yang benci negeri neh sebab masyarakatnya, budayanya, bahasanya dan pelbagai lagi.. Mereka punyai alasan sendri, aku tak sokong dan aku tak bantah.. Hak masing2 tapi nasihat aku la, budaya benci membenci neh bukan sifat orang Islam, so we should reduce it, lagi bagus kalau tak penah tau pon apa itu maksud benci.. :)

Berbalik kepada cerita asal, aku telah "dicuci" oleh sahabat aku, Syau (bukan nama sebenar) Pah, ko tengok kawan ko neh, dia cuci aku pah.. Nasib baik aku sedar, ade jugak benda aku buleh tulis.. Trimas!! :)

Da point is, dia mengatakan bahawa aku sudah berubah sejak aku belajar kat Kelantan.. Berubah yang die maksudkan adalah pertuturan aku makin kasar.. Aku da tak macam yang dulu, means that aku yang dulu bersopan santun serta baik budi bahasanya.. :) Baru je tadi aku terfikir, betul jugak apa yang dia cakap.. Aku cakap ngan dia sama macam aku cakap ngan bebudak sana.. Dia kata ianya terlalu kasar dan ini bermakna bebudak sane selama neh telah mengajar aku bercakap kasar.. Tak gune betul, den ingat takpe la tadi kalau cakap gitu gak.. Rupenye kasar.. Tengok, kan da terasa hati kawan den sorang neh.. Syau, sekali lagi aku mintak maaf kalau terkasar bahasa ngan kau tadi.. 

Syau, aku tau ko serius time basuh aku tadi.. Betul la kau cakap tu, aku neh terikut-ikut sangat ngan bahasa sana.. Kalau kat sana, yes memang nampak macam biasa, takde hal tapi bila aku guna kat sini, it seem so rude.. So I'm so sorry again.. Lagi satu sebab ko perempuan, memang tak patut la aku cakap kasar gitu.. Tapi kan kalu kat sana, perempuan tak perempuan, lebih kurang je rase bahasa dia..Entah la, ikut situasi la.. And again, aku mengaku aku terlalu ikut2 kan sangat bahasa sana yang nampak kasar hingga aku membuatkan kawan aku sorang neh kecik hati dengan aku.. Sorry..

Bagi pendapat aku, aku mengaku bahasa Kelantan memang kasar.. Bukan kasar dari segi maksud tapi dari segi bunyi serta lengok untuk menyampaikannya.. Kalau nak tulis susah, kene dengar dan sebut, baru nampak maksud aku.. Mungkin sesetengah orang tak buleh terima jenis bahasa kasar gini.. Terpulang la, tapi kalau aku, aku ikut tempat.. Kalau aku kat sana, aku akan jadi macam mereka, mungkin kasar.. Tapi inysallah bila aku pulang ke sini semula, aku akan menjadi Zulfadzly yang dulu.. Aku pon sedar, aku terlampau menikut sangat bahasa serta budaya sana.. Yup, memang tak salah tapi aku patut jadi diri aku sendiri.. Entah la, aku bukan suka sangat berkasar-kasar ngan orang neh.. Maaf la kepada sesiapa yang pernah aku terkasar bahasa dengan dia.. Aku sedar apa yang aku da buat silap, terima kasih sebab tegur salah aku.. :)

Ibu penah cakap dulu....

"Bila kita berbual dengan India, kenapa kite perlu cakap macam lenggok India?? Kalau kita berbual dengan Cina, kenapa kita perlu cakap macam lenggok Cina??"

"Kan bagus jadi macam Jepun, orang datang negara dia, semua ikut cara dia, bahasa dia, budaya dia.."

Den selalu pikir ayat tu.. :)

Trimas sebab sudi baca walaupun anda benci saya.. :)

**************************

NotaKaki: Boh, xyoh nk kembe sgat lar, pade duk main nge sep2 demo sudoh la.. Aku duk dalam reban neh pon, otak aku tak sempit macam kau.. :) ....... Maaf, terkasar pulak.. :)

Saturday, May 7, 2011

Ibu, terima kasih !!!

Ibu...

That's what I called for shows some respect to the person named Roziah Md Yakub.. Setiap orang berbeza.. Terdapat berpuluh-puluh panggilan untuk seorang insan yang amat penting neh.. Ada yang panggil mama, ummi, mak, mummy, ma, mek, mok, omak (untuk certain loghat laa) dan macam2 lagi.. 

Ok lah, suda terang lagi bersuluh, suluh pulak pakai spotlight, konpom memancar.. Yang bahawasanya entry kali neh adalah khas sempana hari ibu yang bakal menjelma tak lama lagi.. For those who still wondering lagi bila hari ibu akan diraikan untuk tahun 2011 neh, meh sini den nak koba.. 8 May 2011.. Besok tau tak?? So kepada sesiapa yang rancang untuk meraikan mummy2 mereka, nak beli hadiah bagai, siap la cepat yo.. Dan kepada sesiapa yang kurang bajet, takpo den paham (sebab ea den pon sengkek jugak time neh).. Takde bajet takpe, cukup la sekadar ucapan yang cukup ikhlas dari hati untuk mereka.. Nampak macam den buat neh arr?? Jimat tapi ikhlas.. :)

Dan untuk mereka2 yang kurang bernasib baik, yang tidak lagi mempunyai ibunda, sedekahkan la sebanyak mungkin doa2 untuk mereka agar mereka tenang disana, InsyaAllah.. Doa yang paling baik adalah datang dari seorang anak, ingat sampai bila2 tu.. Btw, mari kita sedekahkan Al-Fatihah untuk ibunda tercinta kepada senior aku, Rauf yang baru sahaja meninggal dunia pada beberapa hari lepas.. Moga rohnya dirahmati disana.. (Jangan baca kosong je, Al-Fatihah je kot, takkan tu pon tak buleh nak sedekahkan?? Pray now ok.. Kita tolong orang, orang tolong kita..)


Haa, yang pakai tudung tu ibu den la tu.. (Mesti la, takkan yang pakai songkok tu pulak mak kau, ayo botol la).. Kalau nak cito cantik ke tak muka ibu den neh, tanyo la abah den.. Mungkin ada orang yang kate even dalam hati, "takdo la cantik mano muko mak ko tu".. Eh haram, suka kau je nak kutuk mak aku.. Biar la dia tak cantik pon, bukan dia nikah ngan abah kau, so shut your f**king mouth!! Tau la mak kau cantik macam Angelina Jolie sekali pon, pegi jahanam..  Kalau ko sendiri pon tak pernah hargai mak ko, memang rugi la ko sampai mati.. Err, emo lak.. Maaf maaf maaf.. :)

Bila aku kenang balik semua memori aku ngan ibu, memang banyak.. Pernah tengok video hari ibu from Mat Lutfi?? Yeah, sume yang die cakap tu same ngan memori aku ngan ibu.. Ibu penah kejut aku subuh guna hanger, ibu lah jugak yang recommend ubat jerawat walaupun satu pon tak menjadi, ibu jugak la yang temankan aku pergi bundle.. :) Sangat banyak sampai tak buleh tertulis dalam reban neh, cume Allah je tau bertapa sayangnya aku kat ibu.. TERIMA KASIH IBU!!!

Andai kata ibu baca reban neh, I want you to know Ibu, selagi Pos Malaysia hantar surat, selagi tu la along sayang giler kat ibu.. Bukan setakat sayang untuk hari ibu neh jer, along sayang ibu sampai syurga.... 

*Bunyi gitar... (Faizal Tahir keluar nyanyi....)



"Sampai syurga ku cintamu, hanya kamuuuuu..."

"Dan segala yang ku ada, ku berikan semua, untuk dirimu saja...."

"Ku mahu dirimu bahagia tuk selamanya....."

Okey2, tengkiu Pejal.. :) 

Den suko rambut dio time neh.. 

Ibu, see that?? Pejal Tahir nyanyi untuk ibu tu, along yang pesan kat die, kate kawan.. Dulu die la yang teman along main belakang kubur tu.. Die penah pesan kat along dulu, kalu satu hari nanti die masuk tb, die nak sangat bukak baju.. See, die betul2 bukak baju da.. I'm da first person tau hasrat die tu.. :) (Maaf bang Pejal, gurau kasar..)

"Da la itik oi, jangan nak membongak!! Kuat na ngarut ea.. "


HAPPY MOTHERS DAY!!! LOVE YOU MUMMY!!!! :) 

Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan selamat hari ibu kepada ibu saya sendiri, Roziah Bt. Md Yakub dan tak lupa juga to my mother in law yang berada nun disana, terima kasih kerana sudi menerima saya seadanya.. I lebiu too lah ummi.. Hehehe.. What?? Ada orang nak mengamuk aku tulis macam neh?? Pegi jahanam sama kau B*DOH!! :D Reban aku kan..


Aku jumpa gambar neh dalam fan page Anak-anak Negeri Sembilan kat fesbuk.. Cam best je gambar.. Dieorang mintak anak2 nogori neh datang STAR OF PAROI  pada 10 May neh untuk support sebab kedatangan The Red Warrior.. Apo tunggu laei?? Hoben jang hoben.. :)

THANK YOU!! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...