Sunday, August 24, 2014

Mock-up T-Shirt & Polo Template PSD Format (FREE)


Aku tahu dalam dunia internet ni, maklumat sangat bertimbun-timbun sampai kau sesat tak jumpa apa yang kau cari. Jadi dengan baik hatinya aku kumpulkan koleksi terbaik bagi kalian untuk memudahkan kerja. Bagi sesiapa yang sedang mencari template or mockup tshirt dalam format PSD secara percuma, hamba ada sediakan. 

Ini adalah koleksi peribadi aku, habis internet aku jelajah untuk dapatkan benda-benda macam ni, Bagi sesetengah orang benda ni nampak 'ek eleh', tapi bagi orang-orang macam kami, nak dapatkan ini dalam satu website sahaja adalah susah. Ye dok? *high five* 

So mempersembahkan...


Mock-up/Template of Collared/Polo Shirt in PSD Format (FREE)






Mock-up/Template of  T-Shirt/Round Neck in PSD Format (FREE)



CLICK HERE TO DOWNLOAD


Cukuplah dua template sahaja dulu, ada rezeki nanti aku upload lagi. Banyak lagi khazanah yang ada dalam simpanan aku, Insya Allah akan diupload dari masa ke semasa. Tapi kalau ada perlu apa-apa urgently benda-benda macam ni, do ask and e-mail me okay. Harap dua benda ni dapat membantu bagi siapa-siapa yang perlu dan puas cari merata.

Saturday, August 23, 2014

Mahram Chart For Male & Female

Manusia suka belajar, sebab tu makin lama orang tu hidup makin banyak ilmu dia ada. Bile cerita bab halal haram, aku bukan orangnya, bukan bidang aku. Itu semua kemahiran para-para ustaz ustazah, muallim muallimah dan ulama2. Ilmu agama aku tak tinggi tapi aku suka belajar dan kongsi. Apa yang aku tahu, aku concern, aku curiga, aku akan cari dan kongsi dengan siapa yang ada dengan aku. 

Dipendekkan cerita, kali ini aku ingin kongsi satu ilmu iaitu bab mahram. Dulu masa aku jahil, benda ni aku tak kesah, aku langgar sebab tak minat untuk belajar dan tak kesah benda tu semua. Tapi bila makin besar, aku rasa aku perlu berubah dan amik tahu pasal benda ini. Siapa kau boleh salam, siapa kau tak boleh salam. Itu semua benda yang bermain dalam kepala kita tapi kadang-kadang kita buat tak tahu dan langgar.

Jadi, ini adalah sedikit ilmu yang aku dapat dari internet yang rasanya aku boleh kongsikan dengan semua.


Carta untuk adam, teruna, lelaki, muslimin, men, gentelman and so on so on.

Carta untuk hawa, gadis, wanita, perempuan, muslimah, girls, woman and so on so on.

Sengaja buatkan wanita punya besar sedikit gambarnya, kerana yang banyak halangan sesama mahram ini adalah wanita sebenarnya. Post ini juga bertujuan untuk membantu sahabat2 wanita aku, saudara mara wanita aku, dan untuk 'beliau' yang selalu konfius tentang masalah mahram, siapa boleh salam, aurat dan sebagainya. Mungkin ada yang akan kata dalam hati:

"Eleh, dia pon ada buah hati, ye2 je nak post pasal mahram"

Nothing much to say, ya dulu aku jahil, sekarang kami sedang belajar untuk kearah yang lebih baik. Manusia tu kan suka belajar. Doa-doakan lah ya.

Insya Allah.

Wednesday, July 23, 2014

Cara Mak Saya Kejutkan Sahur

Salam.

Udah 26 hari berpuasa di rumah. Biasalah cuti semester, 2 bulan paling kuat pon. Dan bila dah lama sangat mulalah masing-masing membenci diri ku ini... sobsssss




.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



Sobs sobss...

(copy from mejah)

Pemisah Dan Sempadan

Salam

Sekarang aku sedang mencari mood untuk blogging semula. Last post haritu 2012, sekarang dah July 2014, dah 2 tahun reban ni menyepi. Biarpun tiada peminat, tapi aku tetap berminat untuk menulis.

Aku cuma takda kesempatan je nak menulis, insyallah lepas ni akan selalu update..

Lagi satu, aku anggap entry kali ni adalah pemisah dan penanda aras bagi zaman-zaman penulisan jahiliah dulu. Aku nak menulis secara matang, tak nak la macam zaman baru nak kenal internet dulu, jahiliah sungguh, malu nak baca, siap ada font kaler-kaler lagi..

Ramadhan, bulan mulia. Buat benda sunat bulan puasa, pahalanya berganda. Berdoalah, nescaya makbul, ini Ramadhan kot..


Tuesday, January 31, 2012

Boo, it's your birthday!!

Selamat sejahtera semua!!! :)

Gosh, dah 6 bulan kot aku tak updated reban ni, skill menulis blog pon da karat.. Maaf la kalu unsur-unsur joke or humor tu da hilang, dah lama la katakan.. Apa-apa pon, selamat pulang si tauke itik dan selamat membaca kembali anak-anak itik ku sekalian.. Weeee.... :)

Aku still berada di bumi Kelantan, semester 4 dan sehat berada disini.. Banyak benda yang berlaku dalam hidup aku semasa ketiadaan aku kat reban neh.. Start dari post terakhir aku, antara peristiwa2 penting yang berlaku: 

  • Masih ingat 'my boo'?? Alah, die tu laa yang buat aku ber'emo' bagai dalam reban neh dulu.. Now, aku berjaya, she is mine.. :)
  • Aku dilantik sebagai exco dalam persatuan fakulti aku, Fakulti Pengurusan Maklumat (IMAGE). Aku pon tak sangka macam mana buleh jadi, exco sukan lak tu, even body aku tak la macam atlet sangat kan tapi mabye sebab muke aku ade iras2 macam Shafiq Rahim kot, tak pon macam Kunalan, tu yang layak tu.. :D
  •  Ramai kawan aku yang pergi amik FT, bukan Pejal Tahir tapi fast track untuk degree.. Tak best dowh hilang satu dua kawan neh tapi jangan risau, Ismail Sandiman, Syazwani Abdullah, Amimi Daud, kalian tetap dalam kenangan and terima kasih untuk semuanya.. :)
Dan banyak peristiwa yang berlaku tapi aku neh pelupa, nanti aku ingat aku update yea.. :)

Last Semester, 3G


Tapi kan, mimpi apa aku nak menulis balik neh? Mesti ada jugak la yang tertanya2 even aku bukan ade followers sangat kan.. Aku cuma datang untuk menulis kembali neh sebab sesuatu yang istimewa.. Kan aku da bagi tau tadi, boo is mine.. Then entry kali neh khas untuk die sebab besok/harineh iaitu 31 Januari is her birthday.. Yeaa, birthday girl!! :) So this is my wish for you boo2.. (taknak tulis kat hadiah tu, tak muat space, blog luas)

************************************************************

Hey kamu, birthday awak ea?? Nasib baik saya ingat and tak penah lupa pon sebenarnya.. :)

Pertama sekali, thanks for being my friend and my ehem2 yang betul2 ada sebelah saya time saya susah atau senang..

Neh birthday awak yang pertama saya sambut setelah kite ehem2 an.. Yang dulu pon sambut jugak tapi tak official lagi laa.. :)

Owh, pasal hadiah tu sorry la ye, saya kan gila.. :) Tak seberapa pon, harap sudi la terima..

Harap ehem2 kita neh dapat kekal sampai bila2 dan kalau buleh nak awak jadi ehem2 kepada anak2 saya.. :)

#pehal banyak sangat ehem2 neh, malu bebenor nampak nye.. :)

Lastly, moga Allah selamatkan kamu, Wan Nur Munirah.. :*

*********loveyoubucuk*******************************************

muka terbaru gua dan die, kami suda besar.. :D

chenta. :)



TERIMA KASIH SEMUA!!! :)

Sunday, July 3, 2011

Perantau Muda Genap Setahun..

Hey stalker yang dihormati sekalian!! :)

Setelah entry 'emo' aku yang baru2 ini di'publishkan, aku mendapat pelbagai reaksi.. Tak mau la cite panjang2, cuma aku dan mereka2 sahaja yang tahu.. Ada positive ada negative, thanks.. :)

Bukan nak sambung cerita emo tu, banyak bondo lagi yang den nak cito kat sini.. Den mati kutu sobonar ea.. Den text boo, die tak baleh, merajuk konon.. :) Biar la, ado la bondo ea tu.. Untuk pengetahuan mereka2 yang tak perasan, aku sebenarnya dah genap setahun beberapa hari berpijak di bumi Kelantan neh sejak 26th June 2010 yang lepas.. Waaa, setahun da der aku duk jadi perantau muda kat negeri orang.. Bagi orang lain nampak macam takde hape, tapi bagi aku ianya satu benda yang sangat menarik..


  • Tak sampai setahun aku duk sini, aku da boleh menguasi bahasa mereka sehinggakan ramai orang2 tempatan seperti pakcik2 tenggiling ataupun makcik jual nasi kerabu yang tak percaya kalau aku cakap aku orang luar.. "Demo asal mano??" "Kulumpur cik" "Pah buleh doh kecek klate??" *dan dialog neh disusuli dengan gelak kecil yang sangat ikhlas dari aku.. "Buleh la koho2" :) Hahaha.. Btw, teringat time Rara tak dapat jawab soklan pakcik keto sewa time balik Kelantan dulu, da macam hapo terkemut2 nak jawab, last2 den jugak tolong jawabkan.. Haha.. :)
  • Kalau aku balik rumah dan aku secara tak sengaja 'tergunakan' bahasa Kelantan, aku memang mencari maut.. Satu isi rumah tu akan mula membahan aku dengan ayat2 yang sangat annoying.. "Tau la duk Kelantan, tak payah la nak "sero" la hapo la, cubo sobut "raso" kan mudah yo paham.." Aku mane tau, lidah aku da terbiasa sebut gitu.. Oloh, sehari dua je lepas tu back to normal la.. Lidah aku still buleh mesra loghat N9 la, dun worry... Aduyai.. -___-"
  • Lidah dan isi perut katak aku neh da buleh terima segala jenis makanan dari sini KECUALI budu... Damn! Benda tu jugak yang tak buleh masuk, yang lain2 sume lepas.. Apo masalah nyo arr?? Haish..
  • Dan kat sini jugak la aku dapat belajar tentang apa itu kawan, sahabat, cinta, budaya, adab, bahasa DARI SUDUT masyarakat pantai timur.. Mereka berbeza dari kita yang berada di kota raya nuh, percaya laa.. :)

Aku suke betol nak tonjolkankan kawan2 aku yang kat sini sebab err, neh je kawan yang aku ade kat sini.. Aku balik  Selangor kang, kire kawan Selangor.. Aku balik nogori, kiro kawan nogori la.. Hape aku cakap neh?? -___-" 

Bruce Lee kot..

Mr. Alif

Kakak dan adik..

Ecah and Ina

Munie dan Sue Sue

Miss Ada dan Farah Zalikha

Anak ikan dan tokey reban

Kasih ibu dan 6 orang anak

Ratu Kebaya
Tak dapat tayang sume gambar, sorry... Lain kali yer... *berat la korang nak loading reban aku neh kalau ada gambar banyak2, make sense right?? :) and for my friends, I luv you lah boo sahabat2 ku sekalian dan moga ada hikmah dalam persabatan kita neh.. :) Happy 1st anniversary to all my UITMers friends!! :)

*************************************

Now Playing : 
Scotty McCreery - I love You This Big
Bruno Mars - Talking To The Moon
Jennifer Lopez - On The Floor ft. Pitbul
Malique - Pergi Jauh
Wonder Girl - Hot
Frank Sinatra - I Wont Dance
S.M. Salim - Kenang Daku Dalam Doaku

* repeat playlist sampai muak, takde keje la tuh.. :) 

Saturday, June 25, 2011

Benar saya maksudkannya...

Boo..

I really LOVE you..
I mean it...
Really love you...
There are no jokes here...

. . . . . .

I'm sorry..

. . . . . .

Hope you'll realize I'm always there..
Next behind you..
Whenever you sad, happy, fear, speechless or whatever your emotion is..
Insyaallah, I'm there..

. . . . . .

That's a true propose for being your man..
Not only for getting the title..

. . . . . .

Hope you are officially mine..

. . . . . .

I'm sorry again..

. . . . . .

*fuck, aku nangis!! lap lah air mata kau bodo!!

Saturday, June 18, 2011

Ulangtahun Di Perantauan..

Salam sejahtera Malaya..

~Happy birthday to me
Happy birthday to me
Happy birthday to me
Happy birthday to me...~

Pada sesiapa yang tahu, mahupon tak tahu, pada 14th June yang lalu, genap lah 19 tahun umurku.. WHAT?? 19?? Alah, nak masuk disko pon tak lepas lagi neh.. Cepat la besar tik oii.. :( Tapi jangan khuatir, tak perlu cukup umur pon buleh masuk what.. Heeee.. :)

Enough2.. Apa2 pon, SELAMAT HARI ULANGTAHUN KELAHIRAN YANG KE-19 KEPADA ZULFADZLY DATO' ROHAIZAD!! :) Tetapi ianya menjadi satu sejarah juga kerana pertama kalinya aku sambut birthday kali neh kat perantauan, bukan di negeri sendiri.. Hurmm, saba je la.. Orang jauh nak buat macam mana.. 

Birthday kali neh takde apa yang special sangat, selain meraikannya di negeri orang, hadiah pon takde ape sangat.. Btw, thanks to Boo untuk hadiah katak hijau tu yer.. Lolike, bulat macam awak.. :) Dan disebabkan takde sape nak bagi hadiah, maka aku mengambil tindakan untuk 'menghadiahkan' diri aku sendiri.. Maka aku beli la something untuk hargai diri aku sendiri, bukan selalu an.. :) and here you are.......

Blackberry Storm 9500.. :)
Jeng3.. Abang ko neh da maju sikit.. Da bosan la asik gune BB yang fake je, now mase untuk bertukar.. Alah, hadiah untuk diri sendiri kan, mahal sikit apeadehal.. :) Now, sapo nak BBM ngan aku?? :)

Tetapi aku tak lupa, da alang2 hadiahkan something untuk diri sendri neh, aku spend la sikit untuk parents aku plak.. Aku tak la kayo mano tapi hengget tu ado la sikit.. Maka tertunai la hajat aku untuk memberikan something kepada ibu.. Neh pon sempena hadiah hari ibu haritu.. and here you are...... :)

Nokia X3 - 1
"Nilai ringgit tak penting janji ikhlas.." Ikhlas dari anakmu yang tak cukup lagi berjasa.. Luv u mummy.. :)

Now masa untuk mengucapkan beribu2 lemon terima kasih kepada semua sahabat yang meng'wish aku secara live mahupun melalui medium Facebook, SMS, email dan sebaagainya.. Thanks untuk ucapan semua tu yer.. Jangan risau, den tak lapa hadiah doo, takdo den mintak hadiah.. :) Dan kepada mereka2 yang sudi untuk membelanja permakanan aku sempena meraikan aku neh, Shaiful Hamzi, Ismail Sandiman, Firdauz Alias, Hans Afiq,.. (Buleh cari namo neh kat fesbuk, hensem2 sume neh) Tenkiu yaa, maaf abang ko neh banyak makan plak, da orang nak belanja kan.. :)

Tak salah den, hari bapa tak lama lagi or da lepas ye?? Ke akan menjelma?? Lupa plus konfius suda.. Niat hati tu ado la jugak nak bagi sebutir lagi harta kat abah den tu, nak jugak tengok orang tua tu guna hasil dari duit aku.. Niat ea nak bagi Naza Sorento sebutir tapi hengget tak berapa mengizinkan la jadi mungkin cuma ini je yang aku mampu.......

HTC Desire HD
Amacam bah, gerek tak orang2 lamo cam ayah guno smartphone gini?? Kalah anak mudo yah.. Mat rempit pon guno henset torchlight yoo.. :) Nak cakap, bondo ado dah, tinggal nak tak nak yo.. Nak den belikan.. Dulu penah dengar ayah kato teringin nak pakai smartphone gini tapi kato leceh la hapo lah.. Paham tu, awak tangan kasar, kojo banyak tak, sibuk nak guno canggih2, takdo maso nak explore an?? :) Hengget tu tak la banyak mano, tapi kalau raso, ini jo lah yang den mampu bagi untuk balas budi walaupun tak terbayar budi tu.. :) Kalau baco entry neh, calling2 along terus yo, insyallah... :)

********************************

I love my life.. Biar hidup banyak masalah pon, aku suka hadapinya dengan tenang.. Aku cukup tak paham bila segelintir manusia neh, baru ada masalah sikit da kelam kabut, tak tentu arah, menngelupur padahal masalah kecik je, buleh je settel.. And one more thing, isu persahabatan.. Puluh kali aku ingatkan diri aku sendiri tak pon kawan2 aku yang lain......

......."Tau lah kawan kau tu tak seBIJAK kau, seHENSEM kau, seCANTIK kau, kononnya kau nak satu dunia tahu, kau BIJAK, kawan kau tu BODOH.. Please, buruk mano pon, bodoh mano pon, hino mano pon seorang kawan tu, SEKALI kawan TETAP kawan.. Tolong la jangan malukan dia walaupun dia seorang yang TEGAR, HATI BATU, KERAS KEPALA and so on.. Dia tetap seorang manusia, ada rasa MALU biarpun dia kata TAK PERNAH rasa malu.. Biar la ko nak orang sekeliling sanjung ko sampai ko kembang BURIT sekali pon, tapi tolong la hormat erti sebuah PERSAHABATAN sebab sahabat tu la teman ko time susah.. Kalau tak pandai hargai maksud SAHABAT tu, tolong la jangan mengaku KAU tu serorang sahabat yang baik.. Tolong jangan rasa diri kau tu SEMPURNA.."

Ikhlas dari SAHABATmu..........

Assalamualaikum..........

Sunday, June 12, 2011

Gano kiro sep kito??

Salam Sejahtera.. :)

Demi melengkapkan resam berblogging, aku nak jugak la buat entry sepatah dua tentang perlawanan akhir Piala FA 2011 yang baru je selesai semalam dengan keputusan Terengganu menang dengan 2 jaringan berbalas 1 dengan pasukan Kelantan.. (waa, macam ayat pembaca berita la aku..) Ucapan tahniah buat pasukan Terengganu dan terima kasih buat Kelantan kerana memberikan saingan yang sama hebat.. :)

Arrhh, malas aku berbaso baso neh, cakap straight kan senang.. Aku suke kelantan kalah.. :) Maaf3, jangan lepas neh ado pulak yang nak serang aku.. :) Bukan ape, aku cakap macam tu sebab ramai la aku dengar mulut2 kat sekeliling aku neh, sebelum perlawanan mula, depa2 neh cakap besar la.. 

"Kelantan sure menang la", "Kito gomo ye sapa lembik".. 

Mana tak muak dengar gitu.. Even bukan negeri aku sendiri yang main, aku cume cakap je.. Tak baik cakap besar, skung neh lagu mano, kan da kalah.. Mane yang bising2 semalam tu, sume senyap je bile game abis semalam.. Bukan sume yang cakap besar macam tu, tapi 2-3 orang la yang kate gitu sekeliling aku neh..

Tapi takpa, apeadehal.. Jangan sebab bola kita gaduh, kata warga bijak, takkan sebab benda bulat bodoh tu pon nak gaduh.. Kawan tetap kawan.. :) 

Jangan jadi bodo po ayam main bola.. 
Tutup cerita.. :)

*********************

Skung, benda yang lagi penting adalah aku nak gelak.. Aku nak gelak sebab 2 minit lepas game semalam habis, berpuluh-puluh page macam neh keluar kat Facebook.. Hahaha.. Memang gila betul la teknologi zaman sekarang neh.. :) Yang aku tak tahan tu, tak sampai seminit page neh wujud, beratus-ratus yang meng'like'nye.. Pastu beratur la dekat status fesbuk kluar...

"Nurul Conan and 3 more friends like this page"

"Syafika Shaari like 'Maafkan Daudsu' and 2 more page"

Semangat betul kalian2 neh kan?? Bagus2, sayang negeri ye.. Den paham tu.. :)

Neh la antara page2 yang aku jumpa yang berkaitan dengan isu jaringan gol sendiri oleh pemain Kelantan, Daudsu pada minit ke 98.. Ada page yang positive dan ada juga page yang menghentam.. Pada pandangan aku la, nama pon bola.. Bukan die sengaja termasukkan dalam gol sendiri.. Cubo kalau ko yang main kat situ, mau tak mengelabah puyuh ko, tengok2 ko pon ter'score gol sendri jugak.. Ilek la, bukan sengaja.. :)

  1. Jangan salahkan Daudsu okay
  2. Sial betol budak yang baling Mercun Maser Kelantan vs Terengganu
  3. Kami Tak Suka Org Terengganu Mengutuk Daud Su
  4. Kami Benci Orang Yg Buat Page ‘ Kami Suka Daudsu Jaringkan Gol Sendiri’
  5. Salah Yg Main Mercun, Bukan Daudsu
  6. Kesian Daudsu~
  7. Daudsu Pon manusia~
  8. Kami paham daud su tak sengaja jaring gol sendiri
  9. Kami sokong daudsu diberikan pangkat Datuk
  10. Kami Nak Daud Su Buat Kenduri Kesyukuran Selama Setahun
  11. Bangang betul sape2 yg salahkan Daudsu.
  12. Kami Tak Salahkan Daudsu,Kami Salahkan Pelempar Mercun
  13. Daudsu WIRA kami~~kami tetap bersama daudsu~~
  14. Thank You Daudsu ~ Anda Pahlawan
  15. Kami Suka Daudsu Jaring Gol Sendiri
  16. Kami Sokong Daud Su Jadi Perdana Menteri Malaysia
  17. Rakyat Terengganu mengucapkan ribuan terima kasih kepada Daudsu
  18. Terima Kasih Daudsu Jamaluddin
  19. Kami sokong Daudsu menanduk masuk ke gol sendiri
  20. Daudsu ialah orang paling hensem selepas jaringkan gol sendiri 

Yang last neh tak tahan, apo lak kono mengono Daudsu paling hensem.. Nak suruh die jadi Perdana Menteri la hapo la.. Hahaha.. Aduyai, ado yo nak bahan orang buat kalau nampak orang buat salah tu.. :) 

Da2, abis cerito pasal bola.. Terima Kasih sebab singgah.. Apo2 pon, hoben jang hoben.. :D

Friday, June 10, 2011

He's such a good friend..

Amin, aku rindu kau panggil aku "apek kopek" tu.. Kau sorang je yang panggil aku camtu, tapi sekarang kau da takde.. Last kite jumpa time dajah 6 min, sangat lame.. Aku tak sempat jenguk kau time kau sakit kat hospital dulu.. Sebelum kau pergi pon aku tak dapat jumpa kau.. Maaf min, aku jauh sangat kat sini.. Cuma doa je la yang dapat aku hantar untuk kau..

Semoga roh sahabatku ini ditempatkan dikalangan muslim yang beriman..

Al-Fatihah..

******************************

Tanda 100 hari sebelum hari mati.
Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja.
Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.
Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.
Tanda 40 hari sebelum hari mati
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut.Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT.Maka malaikatmaut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa.
Akan terjadi malaikatmaut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.Adapun malaikatmaut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.
Tanda 7 hari sebelum mati.
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.
Tanda 3 hari sebelum mati.
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri.Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.
Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi.
Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam.Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.
Tanda sehari sebelum kematian.
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.
Tanda akhir
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.
**********************
Yang da pergi kite cuma buleh doakan, kite yang hidup neh teruskan la..
"Orang yang paling bijak di dunia ialah mereka yang ingat mati dan bersedia untuk menghadapinya"

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...