Thursday, March 10, 2011

Novel Versi Terengganu..

Ni baru novel!!! :) Credit to Idham Zulkifli

'Ipah, try bace tengok, buleh paham ker tak??' Hahaha.. :)

**************************

Mamat rase malassang nök bangung tiddo. Nye gulling-gulling atah katil. Pusing kiri, pusing kanang. Serba dök kene dia berase. Mök Lijöh blèbèr hanyaar kot luör pitu, 

“Mat! Matahari nök tinggi galöh döh nim, ka’ak rezeki kalu bangung lèwat-lèwat. Mung tak dök kheje ke ari nim?”

Dök tahang kene blèbèr Mamat Ppayang pong bikah bangung ceggat dari katil. Baru dia teringat pukol 11 ada kene wat kheje sikit hök Böh dia suroh kemarèng. Mamat pong jungaa tangang dia ambèk tuala. Pèsèngang mandi P. Ramlee pulök pagi nim, al maklunglah pukol 10.30 döh. Dari Manir nök jembe ke Jalang Batah Baru tu jauh jugök. Pah tu nök kena bereti stèsèng minyok Petronah pulök dekat sipang trapik lait Pulau Musang. Döp ingat starang nok tamböh minyök kemarèng. Dök dang 10 minit Mamat siap belake döh. Minung air kopi-ö setegök dua lepah tu pakaa kasut kulit atah tangge kak lambo. Baru beli minggu lepah tu kasut tu. Bekilat ssiö! Lepah tu Mamat pong stak möto vroooooong hale ke bandö. Mötosika sèkèng hèng jer, tapi boleh tahang lah.

Jalang Batah Baru ader banyök bangunang jabbat dengang kedaa. Kalu hale ke depang sikit ada kedaa Astro, hök tv kene bayö bulang-bulang tu. Kalu tebèng dök bayö jer kena pötöng hanyaar. Lepah pada suraa Flat Batah Baru tu ada lèrèk kedaa èkong. Kedaa makang pong ada gök. Kalu jallang sikit lagi sebelum kedaa Astro tu, ada kawasang lapang tepat juaa khète baru cap Hyundaa dengang Kia.
Di antara kedaa èkong dengang kedaa Astro tu ada celöh-celöh tu jabbat löyar baru buka. Pèsèngang baru pah jadi löyar tu Mamat mari mmkir sörrang. Slo-slo Mamat naèk tikat dua. Napök gaye ader dua örang jer kherani. Llaki sörang, ppuang sörang. Boleh tahang hök ppuang tu. Tapi pakaa cicing molèk ngak kat jari manih tu. Ttunang döh pèsèngang tu.. Dök napök gambö starang. Berat nnanang. Mamat kabö ke kherani ppuang tu dia nök jjuper Tuang Löyar. Hayat hidup Mamat dök rajing jjuper löyar skali habuk. Cakkak dengang löyar jauh skali.. Nye mari debö wèh.

Mamat pong ketok pitu masok. Löyar tu tengöh pegang gagang talipung cap Panasonic kat telinga dia. Wayar talipung tu tengöh beseranggöh lagi.

“I dah uruskan fixed deposit you sebanyak RM10 juta tu. Lagi satu, minggu depan ni, I nak you ikut I ke Singapore. HSBC Singapore dah buat arrangement untuk finance syarikat klien I, tak banyak, dalam 20 juta Sing dollar. Firm I jadi lawyer jugak tu. I turun KL minggu ni, kita dinner kat Shook di Starhill ok?”

Mamat bukang pandaa sangat cakak orang putih. Tapi bila dengö haa pitih die pahang. Mainang apa juta-juta nim? Mamat mari mmikir.

Löyar muder tu pong letök gagang talipung sambil-sambil kheling ujung mata tengök ke Mamat. “Yer, nök mender? Saya sibuk sangat ni, dök tengök ker?” löyar tu tanye Mamat.
Mamat pucat kesi. Dök tahu nök kata mende. Nök jawak salöh. Tak mboh jawak salöh. Macang mase nök bangung tiddo sakning. Serbe dök kene. Sudöhhang Mamat tebèng jugök jawak.
“Sebenörnyer tuang, sayer nim kheje dengang sarikat Teleköng. Saya mari nok sambung wayar talipung hök tuang wak lölök cakkak sakning. Dök sambung lagi wayar tu, guaner lah tuang boleh cakkak döh!”

Muka tuang löyar tu jadi biru hèrang!

Döh nök wat guana starang! Nök èksèng dök betepat! Ada jugök löyar kècèk orang dèh! Pecöh bo! Orang jamang lenim kata “kantoi”!

*****************************

Thanks and enjoy!! :)

Wednesday, March 9, 2011

Lensa and LBG : Sifu and friend..

Click click!!

Dengan rasa penuh rendah diri, aku sebagai seorang Zulfadzly Rohaizad ingin memberi seulas tabik spring kepada mereka2 ini.. Haha.. No lah, aku cuma nak cakap aku bangga dengan insan2 ini. Mereka adalah sifu serta rakan seperjuangan aku yang terlibat dalam bidang photography neh.. Mereka adalah..

Azrul Aziz a.k.a Roy

Yeah, ko memang Roy.. Selama neh kat sekolah (err, ape tu??) dulu aku tak nampak sangat ko punye semangat tu tapi sekarang aku memang salute ngan ko.. Ko dengan ko punye Lensa Production, memang tak buleh blah la.. Tahniah! Bangga kot ada kawan cam neh.. (Kuat kipas bontot neh..Haha..) Aku pon naik segan kalau nak ajak ko shoot sesama, biase la pro kan.. :) Anyway, thumbs up for you and good luck with your LP! Klik sini kalau nak info pasal Lensa Production..

Afiq Azman a.k.a Fiq

Fiq, ko ngan aku selalu je tak sekepala.. Aku cakap ko bangkang, ko cakap aku bangkang.. Haha.. Tapi sekali lagi aku mengaku kalah, ko hebat .. :) Budak poli amik electric tapi major in photography.. Haha.. Takpe, aku tabik ngan ko sebab  ko shoot ade style sendri, tak main tiru2 punye.. Lagi pulak ko join Roy dalam Lensa Production, memang layak untuk thumbs up dari aku laa.. :)

Muntadhar Sanek a.k.a Black

Budak Architecture tapi major dalam photography.. Hahaha..  Black, terima kasih atas segala nasihat anda terhadap saya.. Nasihat anda menjadikan saya semakin hebat dari hari ke hari.. Hahaha.. Bai, jangan lupa tau janji ko dulu.. Kite gi shoot sesama nanti bile ko da ready nak jumpa aku.. Kahkahkah... Sorry sifu, gurau lebih.. :) Ko ngan ko punye Alpha memang terbaik!! Thanks sifu..

Azri Hafizi a.k.a Fezy

Hehe.. Ni tak buleh nak kate sifu sangat sebab die neh still baru lagi kot.. Betol tak Fezy?? :) Takpe2, kalau baru2 nak berjinak neh bagus la.. Berlambak sifu kat luar tu, sama2 la kite timba ilmu yer.. Yeah, nampak ada progress dengan LBG Photography.. Keep it on.. Tak lama lagi buleh jadi orang besar LBG la neh.. Hahaha.. Thanks sebab ajak aku join.. Teringin nak keluar outing dengan kalian tapi apakan daya, jauh dimata... :) Gud luck for you and gud luck too for LBG Photography.. (Abang Wan, thanks untuk baju tu.. :)


*************************

Huh, sabar Pakli.. Die orang hebat, ko lagi hebat what.. Yang penting ko kene YAKIN!! :) Yakin2 gak, esok test Human Comm. weyh.. Menjawab la kau nanti.. Huhu.. :(

Saturday, March 5, 2011

Cara Nak Periksa Antivirus Kalian Berfungsi @ Tidak..

Credit to Budak Botak.. :) Thumbs up!!


Dalam dunia neh ada banyak jenis antivirus.. Abang Dzly ko neh gune Kaspersky Anti Virus 2011, yang Jackie Chan jadi duta tu laa.. Buat masa neh takde masalah lagi, menatang neh still buleh halang virus2 yang tak beradab yang cuba pecah masuk "iPad" aku neh.. Tak kesah la kalian guna antivirus jenama apa, cap kaki gajah ker, cap anak harun ke tapi kali neh kite nak try tengok sejauh mana keberkesanan antivirus korang tu, nak tengok hebat mano die buleh halang virus daripada masuk.. Benda neh takkan harmful kan lappy korang, so dunt worry.. :)

  1. Langkah pertama, buka notepad..
  2. Copy paste ayat warna biru neh dalam notepad kalian tu.. X5O!P%@AP[4\PZX54(P^)7CC)7}$EICAR-STANDARD-ANTIVIRUS-TEST-FILE!$H+H*
  3. Lepas tu save file tadi menggunakan nama    ->   virus.com
  4. Kalau antivirus korang berfungsi, dia akan block file tu.. Kalau macam aku punye dia kene scan dulu file tu baru die sahkan file tu sebagai virus..
Kalau tak detect tu maksudnya da sampai masa untuk tukar antivirus yang lain la tu.. :)


Sekali sekala bagi maklumat kepada pembaca neh bagus jugak kan?? :)

Sekian trimas!!! :)

Friday, March 4, 2011

'Rango' si chameleon kacak..

Aku baru lepas tengok iklan neh kat tb, pastu aku ada baca pasal movie neh dalam magazine baru2 neh.. Tengok poster die pon aku da gelak, sesumpah yang comel.. Err, ke Rango neh cicak mengkarung?? :) Aku nak tengok sangat movie neh sebab "abang" aku hadiahkan suara dia dalam movie neh, Johnny Depp .. Tapi fakta yang pasti, Kelantan takde wayang!!! Hoho.. :( Saba je laa...

Rahsia yang sudah "basi"

Lalalala..

Hello everybody!! Seperti biasa, kalau takde benda sangat nak story, akan ku selitkan 2-3 benda@maklumat yang biasa kita lihat kat internet.. YA AKU COPYCAT!!! Alolaaa, jangan la press aku lagi.. Mintak maap laa... 

Okay back to the topic.. 

nampak tak?? sorry gambar kechek..


Biasa tengok kan post2 yang annoying macam neh kat wall fesbuk korang?? "RAHSIA BULAN KELAHIRAN" Anda berminat nak tau tapi malas nak klik link orang tu, kene like dulu la, kene tunggu gambar tu load la.. Kan kan kan?? So sekarang aku mudahkan korang, tak perlu klik link2 yang annoying tu kerana reban itik kini mempersembahkan Rahsia Bulan Kelahiran.. Hohoho.. :)

Aku tahu mesti ada seketul dua insan yang *tutttt* yang akan terpikir, "alah itik neh, benda neh da basi la, baru nak post..boooo!!" Well *tutttt*, do I look like i care?? Kau dengan kau punye laptop, buleh angkat kaki lambung.. :) Suka hati aku la nak post apa, biar la da basi pon, ada effect skrin laptop ko ker?? "Arhhh, laptop aku rosak sebab baca benda basi" Hade ker?? Huh.. Pada siapa nak baca, silakan.. Jangan takut, aku tak marah korang.. Enjoy dear.. :)


**********************

Rahsia Bulan Kelahiran

Berikut disenaraikan kajian mengenai bulan dan sikap anda, yang telah dijalankan oleh Yang Berbahagia Dato' Dr. Fadzilah Kamsah. 


JANUARI 

* Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik. 
* Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik. 
* Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan. 
* Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur. 
* Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam. 
* Pandai mengambil hati orang lain. 
* Pendiam kecuali telah dirangsang. 
* Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi. 
* Mudah mendisiplinkan diri sendiri. 
* Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema. 
* Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya. 
* Cukup sayang pada kanak-kanak. 
* Suka duduk di rumah. 
* Setia pada segala-galanya. 
* Perlu belajar kemahiran bersosial. 
* Sifat cemburu yang sangat tinggi 

FEBRUARI 

* Berfikiran abstrak. 
* Sukakan benda yang realiti dan abstrak. 
* Bijak dan pintar 
* Berpewatakan yang mudah berubah. 
* Mudah menawan orang lain. 
* Agak pendiam. 
* Pemalu dan rendah diri. 
* Jujur dan setia pada segalanya. 
* Keras hati untuk mencapai matlamat. 
* Tidak suka dikongkong. 
* Mudah memberontak apabila dikongkong. 
* Suka kegiatan yang lasak. 
* Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif. 
* Mudah mempamerkan marahnya. 
* Tidak suka benda yang remeh-temeh. 
* Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya. 
* Sangat berani dan suka memberontak. 
* Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya. 
* Pemerhatian yang tajam. 
* Suka hiburan dan sukan. 
* Suka benda yang bersifat seni. 
* Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran. 
* Berkecenderungan pada benda yang tahyul. 
* Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros. 
* Belajar untuk mempamerkan emosi 

MAC 

* Berpesonaliti menarik dan menawan. 
* Mudah didampingi. 
* Sangat pemalu dan pemendam rasa. 
* Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati. 
* Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran. 
* Suka pada kedamaian. 
* Sangat peka pada orang lain. 
* Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain. 
* Tidak cepat marah dan sangat amanah. 
* Tahu membalas dan mengenang budi. 
* Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam. 
* Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal. 
* Suka berangan-angan. 
* Suka melancong. 
* Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi. 
* Kelam kabut dalam memilih pasangan. 
* Suka dengan hiasan rumahtangga. 
* Punya bakat seni dalalm bidang muzik. 
* Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik. 
* Jangan terlalu mengikut selera atau perasaan 

APRIL 

* Sangat aktif dan dinamik. 
* Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal. 
* Sangat menarik dan pandai menjaga diri. 
* Punya daya mental yang sangat kuat. 
* Suka diberi perhatian. 
* Sangat diplomatik (pandai memujuk ). 
* Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang. 
* Sangat berani dan tiada perasaan takut. 
* Suka perkara yang mencabar, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah. 
* Emosi cepat terusik. 
* Cuba kawal perasaan. 
* Kecenderungan bersifat pendendam. 
* Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan. 
* Kuat daya ingatan. 
* Gerak hati yang sangat kuat. 
* Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain. 
* Berpenyakit disekitar kepala dan dada. 
* Sangat cemburu dan terlalu cemburu 

MEI 

* Keras hati & tegas. 
* Kuat semangat & bermotivasi tinggi. 
* Pemikiran yang tajam. 
* Mudah marah apabila tidak dikawal. 
* Pandai menarik hati & perhatian orang lain . 
* Perasaan yang amat mendalam. 
* Cantik dari segi mental & fizikal. 
* Tidak perlu dimotivasikan. 
* Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain. 
* Mudah dipujuk. 
* Bersikap sistematik (otak kiri). 
* Suka berangan. 
* Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu. 
* Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit. 
* Daya khayalan yang tinggi. 
* Permikiran yang tajam. 
* Pandai berdebat. 
* Fizikal yang baik. 
* Kelemahan sistem pernafasan. 
* Suka sastera, seni & muzik serta melancong. 
* Tidak berapa suka duduk di rumah. 
* Tidak boleh duduk diam. 
* Tidak punya ramai anak. 
* Rajin dan bersemangat tinggi. 
* Agak boros 

JUN 

* Berfikiran jauh & berwawasan. 
* Mudah ditawan kerana sikap baik. 
* Berperangai lemah lembut. 
* Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood. 
* Idea yang terlalu banyak di kepala. 
* Bersikap sensitif. 
* Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir). 
* Sukar melakukan sesuatu dengan segera. 
* Bersikap suka menangguh-nangguh. 
* Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik. 
* Cepat marah & cepat sejuk. 
* Suka bercakap & berdebat. 
* Suka buat lawak & bergurau. 
* Otaknya cerdas berangan-angan. 
* Mudah berkawan & pandai berkawan. 
* orang yang sangat tertib. 
* Pandai mempamerkan sikap. 
* Mudah kecil hati. 
* Mudah kena selsema. 
* Suka berkemas. 
* Cepat rasa bosan. 
* Sikap terlalu memilih & cerewet. 
* Kurang mempamerkan perasaan. 
* Lambat untuk sembuh apabila terluka hati. 
* Suka pada barang yang berjenama. 
* Mudah menjadi eksekutif. 
* Kedegilan yang tidak terkawal. 
* Sesiapa yang memuji, dianggap musuh. Siapa yang menegur dianggap kawan. 

JULAI 

* Sangat suka didamping. 
* Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki. 
* Agak pendiam kecuali dirangsang. 
* Ada harga dan maruah diri. 
* Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan. 
* Mudah dipujuk dan bercakap lurus. 
* Sangat menjaga hati orang lain. 
* Sangat peramah. 
* Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya. 
* Berjiwa sentimental. 
* Jarang berdendam. 
* Mudah memaafkan tapi sukar melupakan. 
* Tidak suka benda remeh-temeh. 
* Membimbing cara fizikal dan mental. 
* Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang. 
* Layanan yang serupa terhadap semua orang. 
* Tinggi daya simpati. 
* Pemerhatian yang tajam. 
* Suka menilai orang lain melalui pemerhatian. 
* Mudah dan rajin belajar. 
* Suka muhasabah diri. 
* Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama. 
* Suka mendiamkan diri. 
* Suka duduk di rumah. 
* Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan. 
* Tidak agresif kecuali terpaksa. 
* Lemah dari segi kesihatan perut. 
* Mudah gemuk kalau tak kawal diet. 
* Minta disayangi. 
* Mudah terluka hati tapi lambat pulih. 
* Terlalu mengambil berat. 
* Rajin dalam membuat kerja 

OGOS 

* Suka berlawak. 
* Mudah tertawan padanya. 
* Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain. 
* Berani dan tidak tahu takut. 
* Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan. 
* Pandai memujuk orang lain. 
* Terlalu pemurah & bersikap ego. 
* Nilai harga diri yang sangat tinggi. 
* Dahagakan pujian. 
* Semangat juang yang luar biasa. 
* Cepat marah & mudah mengamuk. 
* Mudah marah apabila cakapnya dilawan. 
* Sangat cemburu. 
* Daya pemerhatian yang tajam & teliti. 
* Cepat berfikir. 
* Fikiran yang berdikari. 
* Suka memimpin & dipimpin. 
* Sifat suka berangan. 
* Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat. 
* Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk. 
* Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit. 
* Belajar untuk bertenang. 
* Sikap kelam kabut. 
* Romantik, pengasih dan penyayang. 
* Suka mencari kawan 

SEPTEMBER 

* Sangat bersopan santun & bertolak ansur. 
* Sangat cermat, teliti & teratur. 
* Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik. 
* Pendiam tapi pandai bercakap. 
* Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati. 
* Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur. 
* Kerja yang dilakukan sangat sempurna. 
* Sangat sensitif yang tidak diketahui. 
* orang yang banyak berfikir. 
* Daya pentaakulan yang baik. 
* Otak bijak & mudah belajar. 
* Suka mencari maklumat. 
* Kawal diri dari terlalu mengkritik. 
* Pandai mendorong diri sendiri. 
* Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia. 
* Suka sukan, hiburan & melancong. 
* Kurang menunjukkan perasaannya. 
* Terluka hatinya sangat lama disimpan. 
* Terlalu memilih pasangan. 
* Sukakan benda yang luas. 
* Bersistematik 

OKTOBER 

* Suka berbual. 
* Suka orang yang sayang padanya. 
* Suka ambil jln tengah. 
* Sangat menawan & sopan santun. 
* Kecantikan luar & dalam. 
* Tidak pandai berbohong & berpura-pura. 
* Mudah rasa simpati, baik dan mementingkan kawan. 
* Sentiasa berkawan. 
* Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama. 
* Cepat marah. 
* Macam pentingkan diri sendiri. 
* Tidak menolong orang kecuali diminta. 
* Suka melihat dari perspektifnya sendiri. 
* Tidak suka terima pandangan orang lain. 
* Emosi yang mudah terusik. 
* Suka berangan & pandai bercakap. 
* Emosi yang kelam kabut. 
* Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan). 
* Suka melancong, bidang sastera & seni. 
* Pengasih, penyayang & lemah lembut. 
* Romantik dalam percintaan. 
* Mudah terusik hati & cemburu. 
* Ambil berat tentang orang lain. 
* Suka kegiatan luar. 
* orang yang adil. 
* Boros & mudah dipengaruhi persekitaran. 
* Mudah patah semangat 

NOVEMBER 

* Banyak idea dalam perkara. 
* Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya. 
* Berfikiran kehadapan. 
* Berfikiran unik dan bijak. 
* Penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa. 
* Pemikiran yang tajam. 
* Daya firasat yang sangat halus dan tinggi. 
* Sesuai jadi seorang doktor. 
* Cermat dan teliti. 
* Personaliti yang dinamik. 
* Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia. 
* Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra. 
* Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran. 
* Terlalu degil dan keras hati. 
* Apabila berkehendak sesuatu, akan diusahakan sehingga berjaya. 
* Tak suka marah kecuali digugat. 
* Mudah ambil berat terhadap orang lain. 
* Pandai muhasabah diri. 
* Cara berfikir yang lain dari orang lain. 
* Otak yang sangat tajam. 
* Pandai mendorong diri sendiri. 
* Tidak hargai pujian. 
* Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi apabila berkehendak sesuatu. 
* Cuba sampai berjaya. 
* Badan yang sasa. 
* Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam dan romantik. 
* Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang. 
* Suka duduk d irumah. 
* Sangat rajin dan berkemampuan tinggi. 
* Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia. 
* Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi. 
* Bercita-cita tinggi. 
* Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah 

DISEMBER 

* Sangat setia dan pemurah. 
* Bersifat patriotik. 
* Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan. 
* Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa. 
* Bercita-cita tinggi. 
* Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi. 
* Seronok bila didampingi. 
* Suka bercampur dengan orang. 
* Suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai. 
* Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur. 
* Tidak pandai berpura-pura. 
* Cepat marah. 
* Perangai yang mudah berubah-ubah. 
* Tidak ego walaupun harga dirinya sangat tinggi. 
* Benci pada kongkongan. 
* Suka berlawak. 
* Pandai buat lawak dan berfikiran logik 


**************************

Hey kamu tu, aku tau ada yang tak baca, sekadar roll laju2 je ke bawah.. Bosan kan sebab takde gambar?? Maaf.. :) Takpe, tak pakse baca pon.. Kepada yang baca satu2 tu, trimas la yer even benda da "basi" sekalipon.. 

List neh aku start jumpa masa Form 1 lagi, ada member aku tampal benda neh kat board belakang kelas.. Puas la aku duk ralit satu2, exited la konon time tu.. Sekarang da berpuluh kali jumpa muak dah.. :D

ItikBisik: Time dungu sekolah dulu, aku tengok list neh dulu sebelum aku nak ngorat someone.. Hahaha, cam bodoh kan?? Aku tengok personaliti makwe aku tu, die neh cam ner perangai or behavior dia, baru senang nak ejas.. Haha.. Bodo2.. (err, ak baru lepas buat macam tu tadi sebenarnya, terikut2 perangai lama.. hehe..)

Until then.. Papai.. :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...