Sunday, August 24, 2014

Mock-up T-Shirt & Polo Template PSD Format (FREE)


Aku tahu dalam dunia internet ni, maklumat sangat bertimbun-timbun sampai kau sesat tak jumpa apa yang kau cari. Jadi dengan baik hatinya aku kumpulkan koleksi terbaik bagi kalian untuk memudahkan kerja. Bagi sesiapa yang sedang mencari template or mockup tshirt dalam format PSD secara percuma, hamba ada sediakan. 

Ini adalah koleksi peribadi aku, habis internet aku jelajah untuk dapatkan benda-benda macam ni, Bagi sesetengah orang benda ni nampak 'ek eleh', tapi bagi orang-orang macam kami, nak dapatkan ini dalam satu website sahaja adalah susah. Ye dok? *high five* 

So mempersembahkan...


Mock-up/Template of Collared/Polo Shirt in PSD Format (FREE)






Mock-up/Template of  T-Shirt/Round Neck in PSD Format (FREE)



CLICK HERE TO DOWNLOAD


Cukuplah dua template sahaja dulu, ada rezeki nanti aku upload lagi. Banyak lagi khazanah yang ada dalam simpanan aku, Insya Allah akan diupload dari masa ke semasa. Tapi kalau ada perlu apa-apa urgently benda-benda macam ni, do ask and e-mail me okay. Harap dua benda ni dapat membantu bagi siapa-siapa yang perlu dan puas cari merata.

Saturday, August 23, 2014

Mahram Chart For Male & Female

Manusia suka belajar, sebab tu makin lama orang tu hidup makin banyak ilmu dia ada. Bile cerita bab halal haram, aku bukan orangnya, bukan bidang aku. Itu semua kemahiran para-para ustaz ustazah, muallim muallimah dan ulama2. Ilmu agama aku tak tinggi tapi aku suka belajar dan kongsi. Apa yang aku tahu, aku concern, aku curiga, aku akan cari dan kongsi dengan siapa yang ada dengan aku. 

Dipendekkan cerita, kali ini aku ingin kongsi satu ilmu iaitu bab mahram. Dulu masa aku jahil, benda ni aku tak kesah, aku langgar sebab tak minat untuk belajar dan tak kesah benda tu semua. Tapi bila makin besar, aku rasa aku perlu berubah dan amik tahu pasal benda ini. Siapa kau boleh salam, siapa kau tak boleh salam. Itu semua benda yang bermain dalam kepala kita tapi kadang-kadang kita buat tak tahu dan langgar.

Jadi, ini adalah sedikit ilmu yang aku dapat dari internet yang rasanya aku boleh kongsikan dengan semua.


Carta untuk adam, teruna, lelaki, muslimin, men, gentelman and so on so on.

Carta untuk hawa, gadis, wanita, perempuan, muslimah, girls, woman and so on so on.

Sengaja buatkan wanita punya besar sedikit gambarnya, kerana yang banyak halangan sesama mahram ini adalah wanita sebenarnya. Post ini juga bertujuan untuk membantu sahabat2 wanita aku, saudara mara wanita aku, dan untuk 'beliau' yang selalu konfius tentang masalah mahram, siapa boleh salam, aurat dan sebagainya. Mungkin ada yang akan kata dalam hati:

"Eleh, dia pon ada buah hati, ye2 je nak post pasal mahram"

Nothing much to say, ya dulu aku jahil, sekarang kami sedang belajar untuk kearah yang lebih baik. Manusia tu kan suka belajar. Doa-doakan lah ya.

Insya Allah.

Wednesday, July 23, 2014

Cara Mak Saya Kejutkan Sahur

Salam.

Udah 26 hari berpuasa di rumah. Biasalah cuti semester, 2 bulan paling kuat pon. Dan bila dah lama sangat mulalah masing-masing membenci diri ku ini... sobsssss




.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



Sobs sobss...

(copy from mejah)

Pemisah Dan Sempadan

Salam

Sekarang aku sedang mencari mood untuk blogging semula. Last post haritu 2012, sekarang dah July 2014, dah 2 tahun reban ni menyepi. Biarpun tiada peminat, tapi aku tetap berminat untuk menulis.

Aku cuma takda kesempatan je nak menulis, insyallah lepas ni akan selalu update..

Lagi satu, aku anggap entry kali ni adalah pemisah dan penanda aras bagi zaman-zaman penulisan jahiliah dulu. Aku nak menulis secara matang, tak nak la macam zaman baru nak kenal internet dulu, jahiliah sungguh, malu nak baca, siap ada font kaler-kaler lagi..

Ramadhan, bulan mulia. Buat benda sunat bulan puasa, pahalanya berganda. Berdoalah, nescaya makbul, ini Ramadhan kot..