Sunday, June 12, 2011

Gano kiro sep kito??

Salam Sejahtera.. :)

Demi melengkapkan resam berblogging, aku nak jugak la buat entry sepatah dua tentang perlawanan akhir Piala FA 2011 yang baru je selesai semalam dengan keputusan Terengganu menang dengan 2 jaringan berbalas 1 dengan pasukan Kelantan.. (waa, macam ayat pembaca berita la aku..) Ucapan tahniah buat pasukan Terengganu dan terima kasih buat Kelantan kerana memberikan saingan yang sama hebat.. :)

Arrhh, malas aku berbaso baso neh, cakap straight kan senang.. Aku suke kelantan kalah.. :) Maaf3, jangan lepas neh ado pulak yang nak serang aku.. :) Bukan ape, aku cakap macam tu sebab ramai la aku dengar mulut2 kat sekeliling aku neh, sebelum perlawanan mula, depa2 neh cakap besar la.. 

"Kelantan sure menang la", "Kito gomo ye sapa lembik".. 

Mana tak muak dengar gitu.. Even bukan negeri aku sendiri yang main, aku cume cakap je.. Tak baik cakap besar, skung neh lagu mano, kan da kalah.. Mane yang bising2 semalam tu, sume senyap je bile game abis semalam.. Bukan sume yang cakap besar macam tu, tapi 2-3 orang la yang kate gitu sekeliling aku neh..

Tapi takpa, apeadehal.. Jangan sebab bola kita gaduh, kata warga bijak, takkan sebab benda bulat bodoh tu pon nak gaduh.. Kawan tetap kawan.. :) 

Jangan jadi bodo po ayam main bola.. 
Tutup cerita.. :)

*********************

Skung, benda yang lagi penting adalah aku nak gelak.. Aku nak gelak sebab 2 minit lepas game semalam habis, berpuluh-puluh page macam neh keluar kat Facebook.. Hahaha.. Memang gila betul la teknologi zaman sekarang neh.. :) Yang aku tak tahan tu, tak sampai seminit page neh wujud, beratus-ratus yang meng'like'nye.. Pastu beratur la dekat status fesbuk kluar...

"Nurul Conan and 3 more friends like this page"

"Syafika Shaari like 'Maafkan Daudsu' and 2 more page"

Semangat betul kalian2 neh kan?? Bagus2, sayang negeri ye.. Den paham tu.. :)

Neh la antara page2 yang aku jumpa yang berkaitan dengan isu jaringan gol sendiri oleh pemain Kelantan, Daudsu pada minit ke 98.. Ada page yang positive dan ada juga page yang menghentam.. Pada pandangan aku la, nama pon bola.. Bukan die sengaja termasukkan dalam gol sendiri.. Cubo kalau ko yang main kat situ, mau tak mengelabah puyuh ko, tengok2 ko pon ter'score gol sendri jugak.. Ilek la, bukan sengaja.. :)

  1. Jangan salahkan Daudsu okay
  2. Sial betol budak yang baling Mercun Maser Kelantan vs Terengganu
  3. Kami Tak Suka Org Terengganu Mengutuk Daud Su
  4. Kami Benci Orang Yg Buat Page ‘ Kami Suka Daudsu Jaringkan Gol Sendiri’
  5. Salah Yg Main Mercun, Bukan Daudsu
  6. Kesian Daudsu~
  7. Daudsu Pon manusia~
  8. Kami paham daud su tak sengaja jaring gol sendiri
  9. Kami sokong daudsu diberikan pangkat Datuk
  10. Kami Nak Daud Su Buat Kenduri Kesyukuran Selama Setahun
  11. Bangang betul sape2 yg salahkan Daudsu.
  12. Kami Tak Salahkan Daudsu,Kami Salahkan Pelempar Mercun
  13. Daudsu WIRA kami~~kami tetap bersama daudsu~~
  14. Thank You Daudsu ~ Anda Pahlawan
  15. Kami Suka Daudsu Jaring Gol Sendiri
  16. Kami Sokong Daud Su Jadi Perdana Menteri Malaysia
  17. Rakyat Terengganu mengucapkan ribuan terima kasih kepada Daudsu
  18. Terima Kasih Daudsu Jamaluddin
  19. Kami sokong Daudsu menanduk masuk ke gol sendiri
  20. Daudsu ialah orang paling hensem selepas jaringkan gol sendiri 

Yang last neh tak tahan, apo lak kono mengono Daudsu paling hensem.. Nak suruh die jadi Perdana Menteri la hapo la.. Hahaha.. Aduyai, ado yo nak bahan orang buat kalau nampak orang buat salah tu.. :) 

Da2, abis cerito pasal bola.. Terima Kasih sebab singgah.. Apo2 pon, hoben jang hoben.. :D

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...