Monday, May 9, 2011

Bahasa Mereka Kasar??

Salam..

Baru je tadi aku selesai dicuci oleh seorang sahabat, sahabat yang cukup lama tak berjumpa.. She said 7 tahun da tak jumpa, aku neh pulak pelupa so aku iya kan je la.. Memalukan sungguh.. :( Dia sentuh satu tajuk yang aku sendiri pon memang tak sedar yang ianya berlaku keatas aku.. Dia nampak salah yang aku buat dan dia tegur baik2.. (abis die sental aku kaw2 tadi, memang baik..) Satu tajuk yang nampak tak berapa sopan untuk dibincangkan dan agak ke'negeri'an sedikit.. The main idea is..

BAHASA KELANTAN KASAR!!

Maaf maaf maaf... Mula-mula sekali aku nak memohon 1000 kemaafan kepada semua pembaca reban neh yang berasal dari Kelantan.. Bukan niat aku nak memalukan atau mempertikaikan negeri kalian, cume nak beri pendapat terhadap benda yang terjadi kat aku sendiri.. Mintak tolong baca entry neh dengan minda yang terbuka.. Kita semua generasi bijak kan?? Tak perlu benci membenci satu sama lain ok.. So I'm so sorry kalau ada part2 yang menyentuh sensetiviti kita semua.. Btw, aku student dari Kelantan dan aku tak teragak2 cakap aku sayang Kelantan.. :)


Buka minda, buka hati.. :)

Well, aku tahu ada segelintir pembaca reban neh yang memang tidak gemar dengan negeri Cik Siti Wan Kembang neh.. Baru-baru neh kecoh pasal Puteri Katak Hijau dengan dia punya statement yang panas tu.. Ok, its up to her, tak mau komen lebih2.. But dia nampak macam da terlalu benci sangat la, tak bagus sebenarnya sifat benci membenci neh.. Ada jugak yang benci negeri neh sebab masyarakatnya, budayanya, bahasanya dan pelbagai lagi.. Mereka punyai alasan sendri, aku tak sokong dan aku tak bantah.. Hak masing2 tapi nasihat aku la, budaya benci membenci neh bukan sifat orang Islam, so we should reduce it, lagi bagus kalau tak penah tau pon apa itu maksud benci.. :)

Berbalik kepada cerita asal, aku telah "dicuci" oleh sahabat aku, Syau (bukan nama sebenar) Pah, ko tengok kawan ko neh, dia cuci aku pah.. Nasib baik aku sedar, ade jugak benda aku buleh tulis.. Trimas!! :)

Da point is, dia mengatakan bahawa aku sudah berubah sejak aku belajar kat Kelantan.. Berubah yang die maksudkan adalah pertuturan aku makin kasar.. Aku da tak macam yang dulu, means that aku yang dulu bersopan santun serta baik budi bahasanya.. :) Baru je tadi aku terfikir, betul jugak apa yang dia cakap.. Aku cakap ngan dia sama macam aku cakap ngan bebudak sana.. Dia kata ianya terlalu kasar dan ini bermakna bebudak sane selama neh telah mengajar aku bercakap kasar.. Tak gune betul, den ingat takpe la tadi kalau cakap gitu gak.. Rupenye kasar.. Tengok, kan da terasa hati kawan den sorang neh.. Syau, sekali lagi aku mintak maaf kalau terkasar bahasa ngan kau tadi.. 

Syau, aku tau ko serius time basuh aku tadi.. Betul la kau cakap tu, aku neh terikut-ikut sangat ngan bahasa sana.. Kalau kat sana, yes memang nampak macam biasa, takde hal tapi bila aku guna kat sini, it seem so rude.. So I'm so sorry again.. Lagi satu sebab ko perempuan, memang tak patut la aku cakap kasar gitu.. Tapi kan kalu kat sana, perempuan tak perempuan, lebih kurang je rase bahasa dia..Entah la, ikut situasi la.. And again, aku mengaku aku terlalu ikut2 kan sangat bahasa sana yang nampak kasar hingga aku membuatkan kawan aku sorang neh kecik hati dengan aku.. Sorry..

Bagi pendapat aku, aku mengaku bahasa Kelantan memang kasar.. Bukan kasar dari segi maksud tapi dari segi bunyi serta lengok untuk menyampaikannya.. Kalau nak tulis susah, kene dengar dan sebut, baru nampak maksud aku.. Mungkin sesetengah orang tak buleh terima jenis bahasa kasar gini.. Terpulang la, tapi kalau aku, aku ikut tempat.. Kalau aku kat sana, aku akan jadi macam mereka, mungkin kasar.. Tapi inysallah bila aku pulang ke sini semula, aku akan menjadi Zulfadzly yang dulu.. Aku pon sedar, aku terlampau menikut sangat bahasa serta budaya sana.. Yup, memang tak salah tapi aku patut jadi diri aku sendiri.. Entah la, aku bukan suka sangat berkasar-kasar ngan orang neh.. Maaf la kepada sesiapa yang pernah aku terkasar bahasa dengan dia.. Aku sedar apa yang aku da buat silap, terima kasih sebab tegur salah aku.. :)

Ibu penah cakap dulu....

"Bila kita berbual dengan India, kenapa kite perlu cakap macam lenggok India?? Kalau kita berbual dengan Cina, kenapa kita perlu cakap macam lenggok Cina??"

"Kan bagus jadi macam Jepun, orang datang negara dia, semua ikut cara dia, bahasa dia, budaya dia.."

Den selalu pikir ayat tu.. :)

Trimas sebab sudi baca walaupun anda benci saya.. :)

**************************

NotaKaki: Boh, xyoh nk kembe sgat lar, pade duk main nge sep2 demo sudoh la.. Aku duk dalam reban neh pon, otak aku tak sempit macam kau.. :) ....... Maaf, terkasar pulak.. :)

4 comments:

rara said...

Ade sesetengah tu macam gila kurang ajar. Nak nak budak laki class den. Memang den paling anti lah sangat sangat. Budak laki kelantan class aku sangat sangat kurang ajar. Bukan dengan classmates je, even lecturer pun sama. Nasib baik tak semua laki macam tu and nasib baik jugak bf aku orang terengganu. Weeeweee. Aku sayang Terengganu ;) kauu hadoo? ;p

Lily said...

yes u r right.. hak masing2 nk kate hape.. hey, kau tu bf je terengganu, den ni ha, wife den t'ganu.. kito samo2 hado... hahaha.. :p

rara said...

Alamak wife tganu? Sapo sapo? Hahaha. Eden bakal isteri yo ! Silo lah doa doa kan. HIHIHIH

Anonymous said...

bahaso kelate nie x kasar pade bahaso melako.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...