Thursday, February 24, 2011

Word of da day: Yakin!!

Dum dum cheng, dum cheng !!!

I Love Malaya.. Today 24 February, hari Khamis.. Banyak activity berlaku sepanjang ketidak'update'an reban ini.. Memang tak buleh elak dari menggunakan alasan "Assigment banyak dowh.." atau "selipar aku putus dowh.." Jangan tanya aku apa kaitan selipar putus dengan tak update blog sebab aku pon tak tahu.. Haha..

Aku bukan apa, 2-3 minggu neh hati bercampur baur perasaan.. Tapi untuk entry kali neh tema perasaannya adalah gumbira!! Owh, chop2.. Sebelum aku membebel terlalu panjang tanpa tajuk yang jelas, biar ada gambar yang buleh menjelaskan cerita aku untuk minggu neh.. :) Setelah ku godek2 bebek handphone ajaib ku ini, aku jumpa la gambar2 neh lalu ku upload la..

***************


Yoo, bondo alah neh memang sedap.. Yang seronoknya, iklan dia baru keluar newspaper semalam, esoknya aku terus try makan.. Haha.. Berbaloi anda makan KFC Tosted Pocketful neh sebab ianya lebih mengenyangkan dari nasi goreng telur mata kat kedai kuning.. :) Tak cayo, gi cubo..


Sehingga sekarang, tiada siapa dapat bagi motif yang kukuh kenapa nasi goreng pattaya yang aku oder kat kedai kuning neh mepunyai ungkapan madah cinta ini??? Arhhhh.. Pada sesiapa yang kurang jelas, sebenarnya aku oder nasi neh kat kedai dan selepas 5 minit, hasil yang sampai kat meja aku adalah ini.. Kenapa kakak waiter tu sengaja tulis madah neh kat nasi aku ?? Dia nak ejas aku ker?? Akak, saya da ada bini la, jangan buat giler.. Bawak budak dia tu, kang apa2 jadi, keguguran ke meroyan ke, saya jugak yang susah.. 


Masih ingat lagi entry lepas?? Makhluk ini adalah sahabat baik kepada menatang comel hari tu.. Ish3, ko tengok mata die, da rupe macam alien.. (barbie la bebal..) Apa  ko pikir ko Yuyu Zhulaika, main beliak mata luas2?? Ada risiko orang muntah darah tau tak.. Tu baru pasal mate, tak kire lagi yang hari2 aku dengar "jerawat aku naik laa..", "itik, warna kulit aku tak sekata..", "zul, tolong edit gambar aku kasi cerah..", "panau adalah sejenis kulat".. Bosan aku dengar.. Tapi takpe Ada, ko la satu2nya kawan aku yang over hyper sebab minum susu bewok.. Great job!!


Semalam, destinasi Kota Baharu.. Lepas Zarif tinggalkan aku kat wisma, aku ajak bebudak neh tengok kasut dan untuk kali keduanya mereka berjaya ketuk aku lagi, McDonald pulak tu.. Bijak sek2 neh kenakan aku.. Haha.. Pada sesiapa yang rasa nak makan dari hasil duit aku, pandai2 la ye mengayat aku.. Hahaha.. Takpe2, mak aku selalu pesan ada rezeki lebih kongsi la dengan orang lain, rezeki Allah sume tu.. Ada masa aku belanja orang lain pulak.. :)


Kasut Onizuka aku ilang dowh, menatang haram betul sapa yang amik.. Jadi aku amik keputusan untuk beli yang lain.. Haha.. Ni la hasil semalam.. Sekali sekala layan bundle apa salahnya, asyik2 nak show off pakai barang branded je, orang pon naik menyampah tengok.. Aku mana pandai pakai barang2 butik neh, orang kampung jer.. Haha.. Nabil, ni buktinya aku bukan jenis layan butik je la, sekali sekala je aku beli baju mahal2 tu.. Alah membeli menang memakai.. Bukan "Alah kau neh, jangan nak memandai".. :)


*************

Ada segmen baru iaitu "Man of this week." Ianya mengikut pencapaian atau aktiviti seseorang yang menarik pada minggu itu.. Haha.. Dan Man of This Week ialah Faiz Marzuki aka Romie.. Yeah!!!!


Dia adalah sahabat aku yang paling misteri.. Pada sesiapa yang berminat, klik sini untuk add Facebook dia.. Bagus saing ngan dia neh, yakin sokmo.. (: Aku bangga ngan mu Paeh.. Dan kejadian menarik untuk dia pada minggu ini adalah.....


Yeah, yakin pa ceroh.. Sampai kasut pon lupo nak buko.. :) Puah aku suko.. Aku bukan pemapuh mu paeh, tapi aku bangga saing ngan mu neh.. Saja nak kasi mu terkenal dalam reban aku neh, harap mu sudi izinkan gambar mu diterbitkan di sini.. :) Hidup Paeh!! 

Dan satu perkara lagi, aku tahu gambar dibawah ada kenangan dengan sek2 mu neh, jadi aku saja tampal kat sini sebagai kenangan.. Aku tahu dah.. :)

Nampak tak Romie dalam gambar neh?? :)
Ok2, panjang sungguh ku membebel ini petang.. Malam neh aku akan balik Kuala Lumpur untuk menyelesaikan beberapa hal.. Tidak lupa aku akan membawa pulang 3 orang bibik dari Terengganu.. Hahaha.. Nantikan update seterusnya laa.. :)

Sorry and trimas everybody!!! 

Asalamuaikum... :)

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...