Monday, January 3, 2011

Lomography Bukan Lomang Atas Api

Lomography

Apo tuh?? Lomang ko?? Sodap makan kalau cicah ngan rendang tuh.. Mungkin ada diantara kita biasa dengar dan ada yang tak tahu tentang menatang Lomo2 neh..

Aku petik kata2 dari lomography.com 

“A Lomograph holds a charm all of its own. Somehow, everything is amplified, making ordinary objects stand out, enhancing details that would normally go unnoticed. Characterised by ever-changing variables such as the mysterious vignettes that frame the shot, light leaks, lo-fi grain, beautiful blurs, the magical balance of contrast and saturation … just to name a few.”

Kalau nak suruh aku translate sebijik2 mintak maap la yo, pakcik neh baru belajar speaking.. Tapi kalau ikut bahasa mudahnya, lomograph neh satu jenis style yang unik dalam bidang ambik mengambik gambar neh.. Standard kita bila ambik gambar mesti horizontal atau vertical, pencahayaan yang betul untuk tak nak kasi gambar rosak, jangan goyang2 nanti gambar blurs. Tu memang biasa tapi kalau lomograph neh diaplikasikan, gambar yang biasa akan jadi menarik, even blurs pon still nampak cantik, pencahayaan lari tapi gambar still meriah.. Dan jika nak hasilkan lomograph neh mestilah mengunakan Lomo Camera..


Mana asalnya lomo2 neh??

Ini petikan tentang bagaimana Lomo Camera neh tercipta

1982 - General Igor Petrowitsch Kornitzky, right-hand man to the USSR Minister of Defense and Industry, slammed a little Japanese compact camera onto the desk of his comrade Michail Panfilowitsch Panfiloff, the Director of the powerful LOMO Russian Arms and Optical factory. Panfiloff carefully examined the item, observing its sharp glass lens, extremely high light sensitivity and robust casing.

Realizing its potential, the two gentlemen gave orders to the LOMO PLC factory in St. Petersburg, Russia to create an improved version of the Cosina CX-1 – and the first working sample of the LOMO LC-A was born!

Bermulalah trend lomography dan ianya berkembang ke seluruh dunia termasuk Malaya kita neh.. Ramai jugak Lomographer2 kat Malaya bai, sume hasil kerja die orang neh memang hebat..

“Don’t Think, Just Shoot”

Nak ber’lomograph neh ade peraturan atau prinsip2 la dan ianya The 10 Golden Rules.

1.       Take your camera everywhere you go – Gambar terbaik selalu berlaku secara spontan. Tak kire la ko tengah makan ke, ko kat pasar malam ke, kadang2 ko tengah gossip pasal aku pon buleh dapat shot menarik. So ko kene sentiasa bawak Lomo camera.

2.       Use it any time, day and night – Gunakan segala cahaya matahari, gelap malam, blurs, sharp, kabus2 malam, warna-warni lampu pesta Depavali. Jangan detail sangat pasal pencahayan atau ape2 sahaja.

3.       Lomography is not an interference in your life, but part of it – Lomo neh bukan sahaja benda milik ko tapi jadikan ia macam kawan baik, kekasih, atau keluarga. Jadikan ianya sebahagian dari hidup ko. Ko gembira sebab dapat dekan, Lomo ada bersama ko. Ko sedih sebab mak mertua mintak hantaran tinggi, Lomo ada bersama ko. Sayangi Lomo macam ianya nyawa ko dan ko buleh bersuka ria dengannya  bila2 masa.

4.       Try the shot from hip – Photographer biasa cume lihat dari viewfinder dalam posisi yang biasa, berdiri, kadang2 bukak kuda2 sikit. Dalam Lomography, kelainan amat la menarik. Tak perlu setting, cube ambik gambar dari paras bontot punggung pinggang (lebih sopan). Means tak perlu la asik2 nak amik gambar ngan berdiri, cube sesekali alihkan camera tu dari paras bawah, different is great.

5.       Approach the objects of your Lomographic desire as close as possible – Dia lebih kurang cam spontan la, kadang2 dalam satu majlis, tegur someone then snap dalam jarak yang dekat. Salam kawan2 yang baru sampai rumah kita then snap even gambar bahu kawan tu. Bila korang tengok hasil die, tu la gambar paling natural..

6.       Don’t think – Selalunya kalau nak snap gambar mesti kene adjust2 pencahayaan dulu, jangan nampak gelap. No with lomography. Buangkan segala kebiasaan tu dan jgn fikir, trus snap! Even gambar kawan laki ko kantoi pakai masker muka utk tido malam, tak payah pikir pencahayaan, tak yah pikir rasa kesian, tak yah pikir ape2, just snap! That’s Lomo.

7.       Be fast – Dunia sekarang neh makin laju, segala aktiviti memang cepat je. Ia satu kegembiraan buat Lomographer sebab ia akan jadi gambar yang unik. Time ade truck bomba lalu dengan laju contoh, or anjing giler tengah kejar ko, pegang camera, snap, lari, snap, gerak sikit, snap, kejar, snap.. Jarang orang buleh dapat gambar yang berlaku hanya time tu jer. So be fast.

8.       You don't have to know beforehand what you captured on film – Ko tak perlu tahu ape yang tangan ko akan amik. Just snap! Jadi ke tak jadi gambar tu, blakang kire janji ko da dapat snap time tu.

9.       Afterwards either – Dan juga sesudah ko amik gambar tu. Means lepas ko amik sume gambar baru ko tengok. Owh, blakang baju ko ade gula2, ko pakai sticker ayam kat kereta ko rupenya, dan benda tu akan jadi hiburan yang menarik sebab ko tak perasan benda ape yang ko captured.

10.   Don’t worry about any rules “No Picture Allowed” Pegi jahanam sama itu signboard. Lomography tak kira peraturan, selagi ada mate ko nampak benda yang menarik selagi tu la rules tak berguna. Peduli kan camera kat tangan ko tu, snap jer..

Ni antara hasil2 Lomography..






Neh sume gambar dari Lomo Camera yang mahal2, qualiti gambar pon mesti la bagus kan?



Contoh Lomo camera. Cam camera mainan kan??



Aku buat entry pasal Lomo neh pon sebab tak lama lagi insyaallah aku akan start berkecimpung (wah ayat) dalam dunia Lomography neh. Aku akan beli satu Lomo camera mungkin, yang kecik la dulu, awak beginner kan.. dan start ber’lomo. Aku rasa pilihan aku neh tepat sebab “sahabat2” ku sume tuh selalu mempertikaikan seni yang aku nampak. Takpe la, mungkin neh salah satu cara aku luahkan apa yang aku nampak selama neh.. Hahah.. Ayat tak buleh blah, lantak ko la itik, Lomo ke Gomo Klate Gomo ker, janji ko happy.. (:

1 comment:

feEzy said...

lomo effect leyh wat kat photoshop gak.. hihi.. cume leceh sikit la.. tp lau dah biasa nhan photoshop sng je..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...