Saturday, January 22, 2011

Ada apa dengan nama??

Yeah, ni adalah kesinambungan dari entry yang lepas.. Tah macam mana tengah tulis entry tadi, tubik plak idea untuk entry baru.. Aku da lama pendam sebenarnya tajuk neh tapi hari neh baru berpeluang nak luahkan kat itik2 ku sekalian..

"Dulu" aku penah la berangan aku nak kahwin (sume orang nak kawin la gong) dan mempunyai cahaya mata (angan2 ko neh sama la macam orang lain, bosan..) tapi yang agak menarik pasal angan2 aku neh, aku nak sangat namakan anak aku dengan nama yang luar biasa.. :) Luar biasa tu bukan la macam Nurul Tetikus ke, Abdul Helmet ke, Wan Muhd Necktie ke.. Logic la sikit..

Awak tau tak awak neh tomel??

KALAU la yer aku ade anak lelaki, aku rase nak bagi name yang simple jer.. Tak la se'simple Ali or Abu.. Chopp2, nak story.. Dulu aku penah cakap kat mak aku;

"Along kalu buleh nak kasi nama anak yang ala2 retro je, macam ISMAIL ke" 

Ko tau ape reaksi mak aku? Die punye gelak kalah jin macam dalam cite Ahmad Albab.. Lepas abis senak perut die gelak, die kata;

"Yolah, den memang nak sangat cucu den namo macam zaman wan dio marin" (Yelah, mak memang nak sangat ada cucu yang nama macam orang zaman dulu2)

Tapi aku jadi kesian + nak gelak sebab aku ada kawan nama Ismail, nama die memang Muhd Ismail je, rupe da smart, badan plak sasa tapi nama die Ismail.. Mesti die kecik hati kalau dengar mak aku kate macam tu.. Sorry Mail..

** Aku memang minat dengan segala benda yang retro, mak aku tau.. :)

cucuk langit!!

***********************************
Aku minat nama yang simple, biar la cikgu sekolah anak aku nanti tak la terbelit-belit nak sebut nama anak aku nanti.. Sian cikgu tu nak sebut "Muhammad Abdul Fatah Dzulazahri Mahmuddi Hisham Abdullah Bin Muhammad Zulfadzly".. Putus nafas cikgu tu..
  • Mizan - Macam nama Agung, simple jer.. Kalau duk kampung panggil Mijan, cam sedaro den..
  • Adam - Nama nabi dan manusia pertama yang turun ke bumi..
  • Suri - pengaruh Suri Holmes la neh.. Tak pun nama macam perempuan zaman dulu2 jer.. "Suri, tolong mak timba air kat perigi kejap.." :)
  • Syafa - Nama kawan aku.. I admire your name Syafa, only your name arr.. Haha..

****************************************

Aku jumpa nama2 yang cantik dalam web neh.. Maksud die pon sedap jugak..

Nama-nama islam
  • Irfan Naufal - Kebijaksanaan, kesyukuran & dermawan..
  • Rayyan Darwisy - Kepuasan, pintu syurga untuk orang yang berpuasa & warak..
  • Marwan Rasuli - Bermarwah & wakilku..
  • Yasir Aqra - yang senang & pandai membaca..
  • Liyana Zahirah - Kelembutan & yang cantik berseri..
  • Hannah Damia - Kasih sayang & kebijakkan, keberkatan..
  • Farisya Maisara - Pengemudi kesenangan dan kekayaan.. (anak bawak rezeki neh)
  • Qaisara Zulaikha - Pemaisuri & cantik, indah

Wah, blog aku neh da jadi tempat cari nama baby pulak yer?? Cukup-cukup.. Aku cume listkan 2-3 ketul nama yang aku minat jer.. Korang buleh chop la mana2 nama yang korang berkenan nak amik jadikan nama anak tapi sungguh la, aku minat nama Farisya Maisara tu, anak bawak rezeki.. Nama adik aku, Farisya dicampur dengan nama sedara aku, Maisara.. Murah rezeki aku kalau dapat anak nama macam tu.. :) Sapa nak kawin ngan aku, dapat pekej nama tu sekali tau..Hahaha..

Ok tamat suda sesi bebelan si tokey itik.. :)

6 comments:

hamzah ian said...

justin bieber

ELYNNteddiedoe ! said...

RAYYAN DARWISY ! sedap nama tu . haha !

feEzy said...

syafa?? hahaa.. kat poli aku dye ramai secre admire doe..

Mr. Swift said...

HAHA, name takleh bla.
Btw polo anda sebab comel semacam je blog ni. :)



Psst! : Okay Mamak Mu Jahat! AIK?
Psst! : Dunia Kawan? Ada ke yang lebih baik dari yang terbaik?!
Psst! : YA! Memang Saya Ada Skandal Affair Dengan Isteri Rosyam Nor Pun!

Zulfadzly Rohaizad said...

@feezy: syyhh, jgn ckp kuat2.. aku minat name die je ok..haha

@swift: tq :)

Anonymous said...

nme Qaseh Insyirah cumel x..?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...