Monday, December 6, 2010

10 Perkara Tentang Kelantan

Aku nak tambah sikit pasal entry loghat Nogori sebelum neh.. Salah satu tujuan aku tulis entry tu adelah untuk sume saing2 ku yang kat Kelantan nun, sebab dieorg slalu terpinge2 bile aku ckp nogori, tak pon die org mesti main2kan loghat aku tu, terutame nye si penguin tu, dasar natang.. Den kato kalu panggil mak tu omak, dio tanyo kalu panggil abah apo, obah?? Uiss.. memain lak kau yo.. Kang den maki ko gune loghat nogori kang, baru raso biso eh..Haha..


Kalau tulis pasal Negeri Sembilan je kang, ade plak bebudak yang tak puas hati.. So nak kasi fair, aku akan cite jgk pasal negeri2 lain kat Malaysia. For this time, aku nak cite pasal negeri Kelantan.. Kenape Kelantan?? Sebab aku da da ade relate ngan negeri Cik Siti neh.. Ni pon da kire rumah ketiga aku la.. Rumah pertame kat KL tu, rumah kedue kat N9, dan Kelantan neh kire rumah ketige aku la.. Best kalau bercerite pasal tempat orang neh. Aku neh suke memerhatikan gelagat manusia dan persekitaran, so ape yang aku dapat rumuskan kali neh pasal negeri Kelantan neh adalah :

1. Kelantanese use a proper Malay word.
Tidak seperti negeri-negeri lain di malaysia, org kelantan tidak me’modified’kan perkataan yg terdapat dalam bahasa melayu standard. seperti contoh:
Ulau - Melaka
Ulaq - Kedah
Ulor - Johor
Ular - Kelantan ( ooo-laaa)

dan banyak lagi…

2. Kelantanese don’t ‘cakap kelantan’.
Orang kelantan tak ckp kelantan, mereka ‘kechek kelate’. Bahasa kelantan mungkin merupakan bahasa yang paling sukar untuk difahami diantara kebanyakkan dialek yang ada di malaysia (selepas bahasa sarawak, dan sabah).

Bahasa kelantan tidak menggunakan imbuhan dihadapan sesuatu perkataan tetapi lebih kepada menggunakan sabdu, dan ayat didalam bahasa kelantan tidak dimatikan dihujungnya. contoh:
betina - tino (Ttee-nor)
berjalan - jale (Jjaa-ley)
bermain - maing (Mmaa-eng)
perbualan - buale (Bbua- ley)
pemerintahan - meritohe (Mme-ghi-toh-he)

salah satu ayat yang ak belajar yang menggunakan sistem sabdu neh adelah “ike make kucing” how to pronounce?? Ko kene tanye bebudak gegey neh.. Haha..

contoh ayat:
“Toksoh buak peghanga po kegho, tokleh napok Ttino lalu” - Tak usah buat perangai serupa kera, tak boleh nampak perempuan lalu

“Maghi kito gi Jjale ghumoh pok peng, che buleh duik Ghhayo” - Mari kita pergi berjalan rumah pak arifin, ada ‘chance’ boleh duit raya

3. Kelantanese have their own currency.
Mungkin ramai yang tidak tahu tapi orang kelantan tidak menggunakan matawang RM atau ringgit malaysia. Mereka mempunya matawang mereka sendiri iaitu Riyal atau sebutan nya lebih berbunyi ‘ghiya’. Walaupun ‘ghiya’ kelantan tidak diniagakan di pasaran antarabangsa dan exchange rate antara ‘ghiya’ dan RM adalah sama, malah wang yang digunakan adalah sama. Tetapi Ringgit adalah lebih kecil sekiranya digunakan di kelantan. Contoh:

Situasi seseorang menggunakan Ringgit di pasar Siti Khadijah Kota Bharu:
“Makcik, sayur ni berapa ringgit selonggok?”
“oohh, sayur kakung nih 2 Ringgik selonggok”
Situasi yang sama, tetapi menggunakan ‘ghiya’
“Mokcik, sayur kakung nih brapo ghiya slonggok ..?”
“slonggok tigo amah*, kalu nok ambik duo longgok, 2
ghiya”

perhatikan harga selonggok kangkung meningkat 50 sen dari harga dalam ‘ghiya’, malah dijualnya pulak dengan harga 2 longgok 2 ‘ghiya’ (atau 2 ringgit)

4. Kelantanese and ‘Budu’
Orang kelantan yang tipikal, amat gemar memakan budu dan ulam. Budu merupakan lebih dari sos untuk menyedapkan makanan, applikasi budu didalam makanan tiba ketahap ianya dijadikan kuah bagi mereka yang berdarah kelantan tulen. Aku mmg tak buleh masuk menatang budu neh atas dasar..err, ak bukan Kelantan tulen..Hahah..

contoh:
Zarif: “aduh nampak gaya makan nasi ngan ikan rebus jelah kita malam ni” (sambil berwajah sedih) Faiz: “perrgghh, ni kalau ada budu ngan limau nipis, kena pulak ulam raja…” (sambil meleleh air liur)
So, kita dapat tahu dari situasi ini, Faiz adalah orang kelantan. Ade jgk org Kelantan tak makan budu sebab mereke pikir mereke tak sedar asal usul mereka.. Org Kelantan tak tolak budu k..

5. Kelantanese are soft.
Orang kelantan adalah terkenal dengan sifat lembut mereka. Sifat sederhana dan pemalu merupakan sifat yang paling jelas. Selalunye lebih kepada perempuan and lil bit kat laki2 nya..Tetapi sekiranya mereka berada didalam kelompok yang mereka, mereka akan berasa selesa,mereka akan galak dan sejujurnya ade jgk orang yang kongsi story ngan aku, yang mereke ni memang pangkah masyarakat Kelantan (bukan aku tau, kwan aku) sorry to say.. atas sebab ape, aku tak buleh cite kat sini, nanti dikate aku racist ngan negeri2 plak.. Nak tau, nanti tanye aku personal..

Tapi mereka juge merupakan orang paling friendly even dengan orang yang baru jumpe. Pengalaman aku, ade pakcik neh jumpe aku kat bus station kat Machang , die start bukak cite skit jer, pastu die bantai cite panjang lebar.. Sampai sume topic kluar la, TNB la, anak die keje kapal la, Anak pempuan die beli baju kurung la, sume die story.. Dan aku seperti biase, IYE KAN JE LAH.. ak paham die ckp tu tapi takut plak nak balas balik, nanti salah malu jer.. Selain tumereka juga kuat berseloka dan Nampak kasar jugak kengkadang.

6. Kelantanese doesn’t hold to ‘adat’ rules.
Bagi mereka yang tidak tahu, orang kelantan merupakan masyarakat yang paling mudah dibandingkan dengan masyarakat dinegeri lain apabila masuk kedalam bab adat resam dan perkahwinan. Ini adalah mereka kurang atau hampir tidak berpegang kepada sebarang adat. Tidak seperti masyarakat di Negeri Sembilan yang kuat dengan Adat Pepatih dan berbagai-bagai lagi adat-adat di malaysia. Orang kelantan lebih kepada memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan didalam islam.

Masyarakat kelantan tidak ada pantun (minang), bayar tol (bagi orang johor), bersanding, kenduri 3 hari 3 malam, pulut kuning dan sebagainya. Ia bergantung kepada pasangan pengantin dan keluarga sekiranya ingin mengadakan adat-adat berikut tetapi ianya adalah tidak wajib, dan masyarakat kelantan kebanyakkan lebih gemar kepada kesederhanaan. Ayat yang biasa didengari adalah:

“buak gapo buak bendo-bendo lagu tuh, Bbazir pitih”
(buat apa nak buat benda-benda macam tuh, membazir duit) . Jika ada yang ingin mencari bakal isteri, bolehlah cari orang kelantan. For me, err….biar den pikir dulu la yo.. Hahaha..

7. Kelantanese and Nik Aziz
Orang kelantan lebih gemar dikenali sebagai anak murid Nik Aziz. Orang kelantan tidak melihat Nik Aziz sebagai menteri besar tetapi lebih kepada seorang tuan guru. Ini adalah kerana tuan guru Nik Aziz sendiri adalah seorang guru agama dan masyarakat kelantan menghormati beliau lebih sebagai seorang guru agama lebih daripada seorang menteri besar.

8. Wayang kulit
Masyarakat kelantan merupakan pelopor didalam bidang perfileman, sebelum wujudnya Tanjong Golden Village (TGV) dan Golden Screen Cinema (GSC), masyarakat kelantan sudah lama ada Ketereh Village Cinema (KVC) dan Kedai Lalat Village Cinema. Malah wayang kulit terdapat di mana-mana kampung di kelantan (sebab itu KB tak ada wayang). Tapi ianya satu penderitaan buat aku.. Puas la aku mengharap supaye KB Mall tu ade cinema  tapi ianya nya hanya satu impian yang tak bertepi.. Sob2..

9. Thailand (golok)
Orang kelantan gemar membeli-belah di golok, ini adalah terdapat bermacam-macam barangan yang boleh didapati di golok, dari baju-baju, barangan elektrik, barangan dapur hingga ke mercun boleh didapati di golok. Oleh itu orang kelantan tidak memerlukan shopping complex yang besar-besar seperti di negeri-negeri lain yang hanya akan menimbulkan masalah jalan raya, dan menjadi tempat muda-mudi berpeleseran. Di golok, kanak-kanak, remaja, makcik-makcik dan nenek-nenek semuanya boleh membeli belah bersame2...

10. Kata ganti nama
orang kelantan mempunyai berbagai kata ganti nama mengikut keadaan tertentu
‘kito’ digunakan bila bercakap dengan orang lebih tua
‘ambo’ untuk menunjukkan humbleness
‘kawe’ dengan kenalan biasa
‘aku’ dengan member2 rapat
‘oghe’ dengan family
’sayo’ untuk formality

Ok..Cukup2 lah tu.. Kang banyak sangat aku tulis pasal Kelantan neh, bangge plak bebudak Gegey tu.. Kesimpulan nye, ade sesetengah orang yang memang fanatic tentang Kelantan neh, lagi2 time dieorang menang match ngan N9 aritu, umangai, menggilo btol.. Kereto pon snggup sembur vinyl lambang bendere Kelantan.. Pasal menang la sanggup buat gitu, cubo kalau kalah?? Nak bawak kluar keto tu pon sogan..  Ade jgk orang luar yang memang tak gemar langsung pasal negeri Kelatan neh, salah seorang nye..hehee.. Gegey group tau la kot..

Maaf la yo kalu ado apo2 fakta yang salah pasal Kelantan neh.. Den neh cumo memerhatikan yo.. Maaf yo..

Enough, abis suda pasal Kelantan, ade time nanti aku cite pulak pasal negeri2 lain yo..
Chow…..

2 comments:

Haniff RadCliffe said...

t'baek la ko zul....
aq tabik....

Hazwan Rafien said...

wahh meme smart weyh..
buleh la jd reporter ko..
journalist ko..
haha btw TERBAIK!
:)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...